Unverified

Pandangan yang mencurigakan.

10:10 Feb 25 2018 R&R Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Description
Kami telah singgah ke Sate Kxxxxg cawangan Elmina pada waktu tengahari sekitar jam 3 lebih .

Saya, suami dan tiga anak kecil kami
(Khadijah, Hassan dan Hamzah)
Telah mengambil tempat di sudut meja makan di ruangan dalam.

Selang beberapa meja dan bertentang kami ada tiga orang lelaki berbadan besar,tinggi,gelap sedang makan.

Ketika suami saya mengambil tempahan,
Saya terkejut melihat pandangan yang sangat mencurigakan daripada lelaki pertama.

Orang ini berbaju biru nila,mata sangat merah dan pandangan tajam terhadap saya beberapa kali sebelum merenung sangat mencurigakan terhadap anak saya Khadijah di sisi kiri dan Hassan di sisi kanan.(saya di tengah )

Ok, untuk beberapa saat saya cuba tenangkan diri sambil membaca doa kerana sudah merasakan perasaan kurang enak.
Pandangan yang sangat tajam berulangkali sambil berbisik dengan sahabatnya
(berbaju belang)di sebelah masih lagi merenung kepada anak anak saya.
Saya boleh katakan ianya tidak normal perlakuan ini berulang lebih belasan kali.

Saya buat riak biasa untuk tidak terlalu menunjukkan rasa tidak selesa.Dan sebaik sahaja suami saya datang berserta makanan.

Sambil menghulurkan makanan , saya segera beri kefahaman peristiwa sedang berlaku.

Suami minta berhati hati keselamatan anak.
Suami kemaskan kedudukan dengan Hamzah dan Hassan.

Mereka masih teruskan memerhati anak saya dan seolah olah bercakap sesuatu.

Saya berjaga jaga berserta anak anak di sisi.
Saya tidak makan supaya saya tidak hilang fokus dan sambil otak ligat memasang tindakan seandai sesuatu berlaku.

Sebagai ibu, perasaan \"tidak sedap\" sangat kuat. Dan apabila pemuda baju biru bangun untuk membasuh tangan,

*Part ini sangat mencemaskan*
Pemuda ini melalui hampir sekali dengan kami dan dia merenung anak saya.

Ya dengan jelas dia melalui semula kali kedua, dia cuba lalu semakin dekat dan saya memeluk Khadijah terus ke atas riba saya sekuatnya.

Dia terkejut kerana sewaktu dia hampir,
Mata dia bulat sekali mungkin tidak menyangka melihat saya peluk kemas pada anak dan akhirnya angkat terus ke atas riba.
Dari jauh dia lihat seolah Khadijah duduk bebas tidak dipeluk.

Saya lihat pelik gelagat ketiga tiga mereka kerana makanan sudah selesai masih lagi duduk dan melihat kami.

Saya bagitahu suami,
Abang,rasa tak sedap hati sangat ni,
Nanti kalau diorang keluar kita tengok apa kenderaan mereka.

Janganlah kereta putih dan tinted
(sebab kebanyakkan kes culikan memang begini trademark mereka)

Allahurabbi,
Baru sahaja saya sebut...
Mereka sudah memasuki kenderaan estima putih dan tinted full hitam dan terus pecut laju.
Seram sangat!

Saya sangat bersyukur hal ini tidak menjadi insiden buruk buat kami sekeluarga.
Allah memelihara kami dari musibah,
Dan saya tidak mengatakan mereka penjenayah namun berdasarkan situasi tadi sangat perlu berhati hati.
Wallahualam.

Tapi kami dapat pengajaran besar:

Jangan sekali kali leka bila di luar.
(hp,makanan,menjawab call,bersembang akan mengalih fokus kita tanpa disedari)

Wanita dan anak tanpa ditemani suami atau lelaki atau satu kumpulan besar ketika keluar meskipun di kawasan awam adalah
BERISIKO TINGGI...
di mata penjenayah, ini adalah PELUANG.

Pentingnya ilmu seni pertahanan diri.

Doa itu kekuatan kita sebagai orang Islam.

Malang tidak berbau
Additional Data

Credibility: UP DOWN 0
Leave a Comment
Name:
Email:
Comments:
Security Code:
17 + 6 =

Additional Reports

Public indecent exposure

17:00 Oct 05, 2019

33, Jalan Teknologi, Pju 5 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 4.21 Kms

Someone catcalled a girl

12:00 Sep 12, 2019

Jalan Anjung U8/34, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 4.55 Kms

From bus ride to mall

16:00 Oct 11, 2019

Paradigm Mall, 1, Jalan SS 7/28, Ss 3, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 7.01 Kms

Indirectly harassed

12:00 Jun 02, 2019

3, Jalan Aluminium 7/27, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 7.04 Kms

UITM: catcalled

10:00 Aug 10, 2019

40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 7.37 Kms





*The information displayed on this website is the responsibility of the person(s) who are submitting the reports. The owners/ moderators of this site are not responsible in any way for any of the information.